PEMANAH Sukan Olimpik Beijing, Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz digugurkan buat kali kedua berturut-turut daripada trio recurve lelaki musim 2010 dan kali ini membabitkan Kejohanan Ujian Sukan Komanwel di India, 7 hingga 12 Mac depan.
Penyingkiran seawal pusingan kedua sebelum diketepikan untuk trio recurve pada ujian sulung, Grand Prix Asia pertama, minggu lalu, memaksa ketua jurulatih, Lee Jae-hyung menyenaraikan Cheng Chu Sian, Mohd Arif Farhan Ibrahim Putra dan Fazli Hisham Fauzi ke India. Jae-hyung, ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam berkata, pengguguran Khalmizan atas faktor belum sedia sepenuhnya. “Khalmizan sedang mencari penyelesaian terhadap masalah imbangan tubuhnya ketika melakukan panahan.
Sejak tamat Grand Prix Asia pertama, saya lihat prestasinya makin baik. “Jadi, saya memberi peluang terhadap dua pemanah remaja (Arif dan Fazli) kerana mereka masih belum cukup pengalaman antarabangsa.
Malah, kejohanan ini sekadar percubaan, hanya sebagai pemanas badan,” katanya. Kemerosotan Khalmizan dikesan sejak Sukan Sea Laos, Disember lalu apabila gagal mempertahankan pingat perak recurve individu selain digugurkan untuk acara berpasukan. Namun, Jae-hyung, pengendali kelahiran Korea Selatan, meramalkan pemanah kedua senior negara itu bakal kembali menggalas cabaran pada Piala Dunia pertama di Crotia, 4 hingga 8 Mei depan. “Dia (Khalmizan) sepatutnya sudah cukup bersedia sekitar dua bulan lagi dan saya fikir, Piala Dunia pertama medan ujian terbaik untuk memantau perkembangannya,” katanya.