Anonymous

KEJAYAAN GEMILANG ATLET MEMANAH PARALIMPIK



KEJAYAAN GEMILANG ATLET MEMANAH PARALIMPIK DI KEJOHANAN  6TH WHEELPOWER/BRITISH WHEELCHAIR ARCHERY NATIONAL CHAMPIONSHIPS & INTERNATIONAL INVITATION EVENT, STOKE MANDEVILLE, UNITED KINGDOM WORLD RANKING TOURNAMENT 17-23 JULAI 2010

Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang telah berkibar di Stoke Mandeville, England semasa Majlis penutup Kejohanan 6th Wheelchair/British Wheelcair Archery National Championships & International Invitatation Event.
Kejayaan manis ini dicapai apabila tiga atlet memanah Paralimpik Malaysia telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan dominasi pasukan Eropah buat pertama kalinya menguasai kategori ARW2 dengan merangkul 3 pingat iaitu emas, perak dan gangsa. Ini merupakan penyertaan pertama kali buat pasukan Malaysia di kejohanan ini.
Kejayaan ini juga adalah sejarah kejohanan di mana Malaysia merupakan negara pertama menguasai podium keseluruhan bagi kategori ARW2 sepanjang kejohanan dilaksanakan.
Kejayaan gemilang negara bermula apabila Mohd Salam Sidik juara dunia 2009, 2010 dan juga Olahragawan Kebangsaan Paralimpik 2009 telah menewaskan satu-satunya wakil Eropah iaitu Mario Oehme dari Jerman pada peringkat separuh akhir dengan        ( 6-2 ) untuk membolehkan sekali lagi mengekalkan rekod kecemerlangan beliau dengan terus menguasai kategori ARW2. Beliau juga telah  memenangi pingat emas di Para – Archery World Ranking Tournament 2010 Nove Mesto Nad Metuji, Czech Republic  pada 24 – 31 Mei 2010 baru-baru ini.
            Pada perlawanan akhir, seorang lagi atlet memanah paralimpik iaitu Zulkifli Mat Zin telah memenangi pingat emas setelah menewaskan Mohd Salam Sidik yang memenangi pingat perak dengan keputusan ( 6-2 ). Kejayaan ini turut dikongsi bersama oleh rakan sepasukan iaitu Mohd Zafi Rahman Bin Mat Saleh juga merangkul pingat gangsa setelah berjaya menewaskan Mario Oehme dari Jerman pada peringkat ketiga/keempat dengan juga  keputusan ( 6-2 ).
            Kejohanan ini merupakan World Ranking Tournament dimana atlet yang melepasi Minimum Qualification Standard ( MQS ) yang ditetapkan oleh FITA Para Archery & International Paralympic Committee ( IPC ) berpeluang mencatatkan kejayaan dan mengumpul mata untuk ranking dunia individu bagi melayakkan diri secara merit di Paralimpik London 2012.
Kejohanan ini telah berjaya mengumpulkan 16 negara dari seluruh dunia dan kebanyakan negara terdiri dari negara Eropah dan sebilangan dari benua Amerika dan Asia juga merupakan rekod penyertaan antarabangsa tertinggi sejak kejohanan ini dipertandingkan disamping penyertaan pemanah peringkat kebangsaan.
            Atlet memanah Paralimpik negara seramai 6 orang bagi kategori wheelchair        ( ARW2) dan Standing (ARST) telah berada 5 hari lebih awal untuk latihan bagi tujuan   ( adaptation & acclimatization ) telah memberi kelebihan kepada atlet menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk dan angin kencang yang tidak menentu melanda United Kingdom sebelum dan semasa kejohanan berlangsung seterusnya mencatatkan kejayaan. Ianya menjadi ujian, pelajaran dan pengalaman paling berguna untuk atlet bagi mengharungi situasi yang sama pada masa akan datang.
 Kejayaan ini memberi gambaran awal akan kemampuan acara berpasukan berpeluang layak bersaing di Paralimpik London 2012 apabila menunjukkan kombinasi atlet amat memberangsangkan. Atlet sekali lagi teruji bagi terus mengekalkan momentum untuk layak secara merit ke Paralimpik London 2012 bagi acara berpasukan setelah trio yang sama mencatatkan kejayaan cemerlang memenangi pingat perak berpasukan juga setelah tewas kepada Italy di Para – Archery World Ranking Tournament 2010 Nove Mesto Nad Metuji, Czech Republic  pada 24 – 31 Mei 2010 lalu.
Pada kejohanan kali ini, acara berpasukan tidak dipertandingkan bagi memberi peluang kepada atlet mengumpul mata individu untuk kelayakan paralimpik 2012. Walau bagaimanapun, pasukan memanah paralimpik pada kejohanan kali ini masih lagi terus menduduki kedudukan pertama dari segi keputusan terkumpul berpasukan seluruh pasukan bertanding.
            Pasukan ini yang sedang digilap oleh Majlis Sukan Negara melalui Program Gemilang Paralimpik 2012 dibawah pengawasan  Koordinator Sukan Para Archery En. Johari Hj Abu Bakar (Naib Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia) dan  jurulatih memanah Paralimpik kebangsaan iaitu En. Amirullah Ahmad sedang berada di landasan yang terbaik, akan cuba meneruskan kecemerlangan juga mengekalkan prestasi bagi mencatatkan kejayaan gemilang di Temasya Asian Para-Games di Guangzhou yang akan berlangsung pada Disember 2010 serta dengan keazaman untuk mencatatkan kejayaan pingat emas pertama negara di Paralimpik London 2012.

Subscribe to this Blog via Email :