PEMANAH elit negara, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz (gambar) akur dengan pengguguran ke Kejohanan Ujian Sukan Komanwel di India, 7-12 Mac depan kerana mengakui belum cukup bersedia menggalas cabaran Malaysia.
Dengan ujian kedua 2010 itu dianggap sekadar pemanas badan, Khalmizan mengakui tidak begitu terkilan untuk melepaskan slot recurve berpasukan kepada Cheng Chu Sian, Fazli Hisham Fauzi dan Arif Farhan Ibrahim Putra. “Saya akui aspek mental dan keyakinan diri belum cukup bersedia untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan antarabangsa.
Jadi, saya tidak terganggu dengan keputusan jurulatih (Lee Jae-hyung) menggugurkan nama saya ke India. “Lebih baik saya menggunakan tempoh ini untuk memantapkan semula prestasi, yang kini sudah berada di landasan terbaik supaya kembali menyinar.
Saya harap dapat melakukannya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi,” katanya. Kejohanan sulung 2010, Grand Prix Asia pertama di Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat, dua minggu lalu menyaksikan pemanah kedua senior negara itu tersingkir seawal pusingan kedua recurve individu hingga digugurkan untuk saingan berpasukan. Mengenai prestasi di MSN Keramat, Khalmizam berkata: “Saya fikir hanya mampu mengeluarkan 50 peratus prestasi sebenar kerana ketika itu, memang belum cukup bersedia. “Namun, penyertaan di Keramat mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sekalipun saya sudah menyesuaikan diri dengan perubahan teknik.

Cuma, saya memerlukan lebih masa untuk mencapai prestasi seperti dulu. “Mujur saya mengambil keputusan menangguhkan pengajian untuk memberi tumpuan terhadap sesi latihan dan ia banyak membantu menyelesaikan beberapa masalah teknik panahan sebelum ini,” kata penuntut Ijazah Komunikasi Massa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu. Jae-hyung, ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di MSN Bukit Jalil, berkata: “Khalmizan akan kembali menyertai kejohanan antarabangsa sekitar Mei depan iaitu di Piala Dunia pertama di Crotia. “Tempoh lebih dua bulan patut mencukupi untuk dia memperbaiki masalah yang dihadapinya ketika ini,” kata pengendali kelahiran Korea Selatan itu.
Khalmizam tekad kembali cari 'sentuhan'
SEGALA kritikan prestasinya tidak menjadi 'kudis' buat pemanah Olimpik, Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz yang tekad memberi tumpuan satu persatu dalam kerjayanya bagi mengelak dia ditimpa aib.
Lantas, pengguguran kali kedua daripada senarai pasukan oleh jurulatih, Lee Jae-hyung menjelang aksi Pertandingan Ujian Sukan Komanwel di New Delhi, India pada 7 sehingga 2 Mac depan, diterima secara positif.
“Dan tempoh ini adalah masa terbaik bagi memantapkan kembali prestasi. Saya kini masih berada di landasan sebenar untuk kembali menyerlah, mungkin lagi satu atau dua bulan.”
Pemanah berusia 24 tahun, kelahiran Kelantan itu turut mengorbankan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada semester ini bagi memberi tumpuan terhadap latihan, sekali gus mendapatkan kembali ‘sentuhan’.
Dan, penilaian awal terhadap prestasi peribadi pada sirkit memanah pertama Asia di Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, baru-baru ini masih belum mampu menepati sasarannya.
“Saya akui ketika itu masih belum lagi bersedia, hanya 50 peratus daripada aksi sebenar yang saya pamerkan,” katanya yang tersingkir pada pusingan kedua acara recurve individu lelaki.
Namun, di sebalik kekecewaan prestasi pada kejohanan Asia sulung musim ini, masih ada berita gembira diraih apabila dapat mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki termasuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknik panahan.