Anonymous

Ke mana arah Khalmizan

KETIKA nama trio baru, Cheng Chu Sian, Arif Farhan Ibrahim Putra dan Fazli Hisham Fauzi ada disebut dalam senarai awal ke pertandingan ujian Komanwel di India, bulan depan, aksi pemanah Olimpik, Wan Mohd Khalmizam Wan Abdul Aziz kembali dipersoalkan. 

Apakah pemanah berusia 24 tahun kelahiran Kelantan itu akan digugurkan lagi selepas diketepikan daripada Sukan Sea 2009 atas permintaan sendiri. 

Difahamkan, hanya tiga pemanah akan mewakili negara dalam acara recurve lelaki pada saingan percubaan gelanggang sebelum Sukan Komanwel yang dijadual pada 7 sehingga 12 Mac ini.

Arif Farhan, pemanah muda yang namanya mula melonjak naik selepas meraih gangsa berganda pada sirkit pertama Asia, dua minggu lalu, mengakui hanya dimaklumkan secara umum oleh jurulatih, Lee Jae-hyung mengenai aksi seterusnya di New Delhi. 

“Saya sendiri tidak pasti sasaran sebenar jurulatih yang sekadar memaklumkan untuk mencuba gelanggang,” kata pemanah kelahiran Ulu Kinta, Perak itu. 

“Walaupun harapan tinggi beraksi di Sukan Komanwel, namun, saya tidak mahu terlebih yakin kerana tahu penyertaan di India ini tidak bermakna nama saya kekal beraksi pada akhir tahun ini. Cuma, saya tekad melakukan yang terbaik.”
Terdahulu, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mengesahkan 12 pemanah negara akan mengambil bahagian dalam empat kategori dipertandingkan termasuk acara tumpuan, recurve lelaki dan perempuan.



Subscribe to this Blog via Email :