MZI Sports

BENGKEL KEJURULATIHAN MEMANAH SIRI 1/2019 (ZON TENGAH)

Persatuan Memanah Kebangsan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan Bengkel Kejurulatihan Memanah Siri 2/2019 (Zon Tengah) dari 20 hingga 21 April 2019. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Coach Lee Jae Hyung. 

Tujuan bengkel ini adalah untuk menyampaikan kehendak jurulatih memanah kebangsaan agar dapat diterap dan diseragamkan dengan pelatih-pelatih Negeri. Bengkel Kejurulatihan Memanah Siri 2/2019 ini akan melibatkan Ahli-ahli Gabungan di Zon Tengah dan PDRM sahaja (Selangor, Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan PDRM). 

Sehubungan dengan ini, kami ingin menjemput Ahli-ahli Gabungan yang terbabit untuk mencalonkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang jurulatih yang terlibat dengan pembangunan sukan memanah di peringkat Negeri dan persatuan masing-masing untuk menghadiri kursus ini.

Maklumat kursus boleh di download di sini

Subscribe to this Blog via Email :