MZI Sports

HAWC STAGE 2 SHANGHAI - NUR AFISA KE PENENTUAN PINGAT GANGSA



Buat pertama kalinya pemanah recurve wanita negara melangkah ke acara penentuan gangsa dalam Archery World Cup. Nur Afisa yang menduduki tempat ke 34 dalam pusingan kelayakkan dengan catatan mata 623 (70m-1=321, 70m-2=302), buknlah catatan terbaik beliau, pun begitu, beliau beraksi cemerlang dalam pusingan penyingkiran.

Nur Afisa mendapat BYE pada pusingan 1/48, menewaskan Marin Alicia dari Sepanyol, 7-3. Pada pusingan 1/16 beliau menewaskan pemanah ranking nombor 2 dunia dan juga pemenang 2 pingat emas Olimpik Rio 2016 dari Korea, Chang Hye Jin, 6-4.

Pada pusingan 1/8, beliau menewaskan Zahra Nemati, 7-1, suku akhir menewakan Meng Fanxu 6-5, dan di separuh akhir tewas kepada pemanah dari Korea, KANG Chae Young, pemanah ranking nombor 3 dunia, 0-6.

Nur Afisa akan dijadualkan akan bertemu dengan pemanah dari Chinese Taipei, Tan Ya-Ting bagi penentuan pingat gangsa pada 12 May 2019 jam 2.18 petang (waktu Malaysia).

Pemanah-pemanah lain juga turut memberikan persaingan kepada pencabar masing-masing. Nur Aliya tewas di pusingan 1/8, tewas kepada Tan Ya-Ting, 0-6. Sebelum itu Aliya menewaskan INKHAM Nattapat, Thailand, 1/48, 6-0, CANALES Elia, Sepanyol, 1/24, 6-5, LIN Chia-En, Chinese Taipei, 1/16, 6-4.
Khairul Anuar yang mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan kelayakkan dengan catatan 676 mata, ranking ke-5, terpaksa akur kepada pemanah dari Belanda di pusingan suku akhir, VAN DEN BERG Sjef, 6-0.

Syahrizan Jafar memberikan persembahan yang semakin mantap pada tahun ini setelah diberi kepercayaan untuk mewakili negara. World Cup Shanghai adalah kali kedua beliau beraksi untuk negara. Pun begitu beliau menunjukkan yang beliau mampu memberi persaingan dan menyumbang kepada pasukan memanah.

Pada pusingan kelayakkan , Syahrizan menduduki tempat ke-30 dengan catatan 695 mata, berjaya ke suku akhir kejohanan ini apabila menewaskan  CHEUNG Cheuk Sing dari Hong Kong di pusingan 1/24 dengan 143-138.

Pada pusingan 1/16, beliau mengejutkan pemanah dari USA yang juga ranking ke-5 dunia, Kris Schaff dengan 147-146. Kemudian beliau menewaskan WANG Yue dari China  Shoot-Off, X-10 selepas kedua-dua terikat dengan 143 mata. Syahrizan tewas kepada FREDERICKX Brend dari Belgium 143-145 di pusingan suku akhir.

Bagi acara compound wanita, Nur Aina Yasmine  berjaya ke pusingan 1/8, tewas kepada pemanah dari Denmark, JENSEN Tanja, 143,147. Turut cemerlang Nurul Syazherayang mara hingga ke pusingan 1/16 tewas kepada BOSTAN Yesim, dari Turki, pemanah ranking nombor 1 dunia, 144-147.

Subscribe to this Blog via Email :