MUNANJAT OLIMPIK 2012

SEMPENA SUKAN OLIMPIK & PARALIMPIK LONDON 2012
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA


Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan, Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda. Semoga kita menjadi hamba yang taat kepada Allah S.W.T dan umat yang mengasihi baginda  Rasul S.A.W serta ahli keluarganya.

Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah  Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948.


Atas usaha memartabatkan nama Malaysia serta hasrat mencapai pingat emas pertama di Sukan Olimpik, Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis dengan kerjasama seketerait Sukan Olimpik mengatur Program “Munajat Olimpik” bersama masyarakat memohon doa agar diberi kemenangan serta mencapai hasrat kejayaan pingat emas pertama di Sukan Olimpik kelak selari dengan firman Allah dalam Surah Al-Ghafir, ayat 81 yang bermaksud “Dan Tuhanmu berkata, berdoalah kepada-Ku, tentu aku        perkenankan untukmu” .

Semoga dengan usaha ini dapat membantu kontingen negara mencapai  kejayaan sekaligus mengharumkan nama Negara di Sukan Olimpik kelak. Semoga segala keikhlasan dan kegigihan mendapat keberkatan Allah S.W.T.

OBJEKTIF
  1. Memohon doa yang tulus bagi mencapai pingat emas pertama di Sukan Olimpik dan Paralimpik.
  2. Mewujudkan platform terbaik kepada masyarakat untuk bersama-sama warga sukan dalam proses mencapai kemenangan di Sukan Olimpik dan Paralimpik dalam konteks ikatan kekuatan kerohanian.

SENARAI MASJID DAN TARIKH MUNAJAT OLIMPIK 2012

1)      MASJID SRI PETALING ,
BANDAR BARU SRI PETALING, KUALA LUMPUR
 (05 April 2012)

2)      SURAU CASA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
(19 April 2012)

3)      MASJID TENGKU AMPUAN INTAN ZAHARAH
DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
(26 April 2012)

4)      MASJID SULTAN BADLISHAH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
SINTOK, KEDAH DARUL AMAN
(03 Mei 2012)  -SEMPENA KEJOHANAN MEMANAHTERBUKA UUM


5)      MASJID YUSUF TEE
BATU 11 GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
( 17 Mei 2012)

6)      MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(25 Mei 2012) -SEMPENA HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012

7)      MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
( 14 Jun 2012)

8)      MASJID KAMPUNG PASIR GAJAH
KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN
( 21 Jun 2012)

9)      MASJID IBNU SALAM
KAMPUNG PENGKALAN PEGOH
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
(05 Julai 2012)

10)     MASJID POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR
(12 Julai 2012)     -SEMPENA SUKAN MALAYSIA 2012


Comments

Popular Posts