Anonymous

BENGKEL PEMURNIAN TEKNIKAL & KEHAKIMAN KEBANGSAAN

Satu Bengkel Pemurnian Teknikal & Kehakiman Kebangsaan telah dianjurkan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara Malaysia telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2012 bertempat di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.



Bengkel ini adalah bertujuan untuk menyiapkan sebuah manual teknikal & kehakiman kebangsaan yang lengkap, perancangan seminar-seminar di peringkat kebangsaan, bank soalan ujian, elaun pegawai teknikal, database pegawai teknikal dan pelbagai lagi yang dibincangkan.

Panel bengkel ini dihadiri oleh Dato' Abdul Hamid Haji Hasan, Rahimi Ahmad Sulaiman, LT KDR Annamalai Murugason, Johari Abu Bakar, Mohd Dam Khamis, Muhammad Zul Izzi Ab. Manaff, Puvaneswaran Muniandi dan Nik Mardyiya Nik Mansor.


Subscribe to this Blog via Email :