Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
Zul Izzi

DEBARAN 100/ 133 HARI SUKAN OLIMPIK/ PARALIMPIK



DEBARAN Sukan Olimpik London semakin dirasai dengan detik mula 100 hari menjelang temasya sukan terhebat dunia itu sudah pun dihitung mulai semalam, manakala Sukan Paralimpik berbaki 133 hari. Apa pula makna edisi Olimpik kali ini buat tuan punya badan?


“Saya tidak meletakkan sasaran begitu tinggi memandangkan ia kali pertama saya ke pentas Olimpik tetapi saya mengharapkan kerjasama di antara pasukan akan menjadi penguat semangat terutama sekali bimbingan Cheng Chu Sian yang sudah pun mempunyai pengalaman di Olimpik.” -Khairul Anuar Mohamad (memanah)

“Ia Olimpik yang sungguh bermakna buat saya memandangkan ia adalah kali pertama saya ke Olimpik, apatah lagi dalam usia yang muda. Ini masanya untuk membuktikan hasil daripada persediaan dan latihan yang di lakukan.” -Nurul Syafiqah Hashim, (memanah)


“Saya akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu untuk diri saya dan pasukan. Pemergian Allahyarham Mohd Salam Sidik memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan sesuatu kali ini malah lebih bersemangat untuk menempuhi cabaran.” -Zulkifli Zain (memanah paralimpik)

Subscribe to this Blog via Email :