MZI Sports

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN PERTAMA DAN TERBUKA WIRA 2017

Assalamu'alaikum wrt & Salam Sejahtera,
YBhg Dato ' /Tuan / Puan,
1.  Sukacita dimaklumkan Persatuan Memanah Wilayah Persekutuan Red Arrows (WIRA) dengan kerjasama Pihak Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negara Malaysia akan menganjurkan kejohanan di atas mengikut ketetapan seperti berikut:

a.    Nama      :      KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN PERTAMA DAN  
                              TERBUKA WIRA 2017.
b.   
Tarikh      :      29 Mac hingga 2 Apr 2017.
c.    
Lokasi     :      Lapang sasar memanah, Kompleks Sukan MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur,
2.  Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan dengan kejohanan untuk perhatian tuan.
3.  Mohon dimaklumkan dan dijemput kepada pasukan memanah di bawah naungan YBhg Dato ' /Tuan / Puan untuk menyertai kejohanan ini.

4.  Kerjasama dan sokongan YBhg Dato'/Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 


Subscribe to this Blog via Email :