Anonymous

KHAIRUL ANUAR KE FINAL WORLD CUP STAGE 4 SHANGHAI

Khairul Anuar Mohamad menjadi atlet memanah pertama negara yang layak ke Final World Cup Stage di Shanghai, China bagi acara individu. Sebelum ini, prestasi terbaik bag iacara individu adalah sehingga peringkat suku akhir sahaja.


Khairul mengakhiri acara 70 meter rounds pada kedudukan 16 dengan jumlah mata 658. pada elimination rounds, Beliau menewaskan Antti dari Finland di pusingan pertama 7 - 3, Atanu Das dari India di pusingan kedua 7 - 3, Brady Ellison dari USA di pusingan ketiga 6 - 4, Jake Kaminski dari USA di peringkat suku akhir 6 - 5 dan menewaskan Pedro Vivas Alcala dari Mexico di peringkat separuh akhir dengan 7 - 1. Beliau akan bertemu dengan Joe Fanchin dari USA pada final yang akan berlangsung pada 10 september 2011 pada jam 11.25 pagi waktu Malaysia.

Bagi pemanah yang lain, Cheng Chu Sian tewas di pusingan kedua, Haziq dan Wan Khalmizam di pusingan pertama. Pada kejohanan kali ini, bukan saja peningkatan pemanah baru, akan tetapi prestasi Wan Khalmizam patut diberi pujian kerana beliau telah kembali menunjukkan prestasi yang mampu bersaing dan mengatasi dengan 3 atlet negara terbaik.

Esok akan menyaksikan pasukan negara bertemu dengan pasukan Great Britian untuk menempah tiket ke suku akhir, dimana pasukan China yang mendapat BYE sedia menanti pasukan negara jika menang di pusingan pertama. Pasukan negara berada di kedudukan 10 dengan mata 1957 di pusingan 70 meter rounds.

TAHNIAH BUAT KHAIRUL ANUAR.

Subscribe to this Blog via Email :