Anonymous

BERMULA CABARAN SKUAD MEMANAH PARALIMPIK NEGARA

TORINO, ITALY - Pasukan Memanah negara telah selamat tiba di Kuala Lumpur pagi taid pada jam 7.44 pagi dan disambut meriah oleh AJK NAAM, Wakil dari MNSM dan juga wartawan-wartawan. Tanpa disangka-sangka, bekas pemanah remaja negara, Yamin yang sekarang bekerja Di Prai, Pulau Pinang turut bersama menyambut kepulangan mereka. Jamuan ringan telah diadakan secar ringkas di Casa 1 Bukit Jalil.

Kini bermula cabaran buat pasukan Memanah Paralimpik negara pula untuk melayakkan diri ke Sukan Paralimpik London 2012. Jurulatih Amerullah Ahmad dibantu oleh Muhammad Marbawi Sulaiman pastinya akan memastikan pasukan paralimpik pulang dengan kejayaan.



Aksi hari ini iaitu pada acara FITA rounds / Qualifying rounds yang baru sjaa berakhir menyaksikan Muhammad Salam Sidik, sandaran skuad memanah paralimpik, menduduki tempat ke 7 dengan mata 1194; jarak 90M 294, jarak 70M 307, jarak 50M 296 dan jarak 30M 337.

Mohd Zafi Mat Salleh pula berada di tempat ke 16 dengan mata 1127; jarak 90M, 240, jarak 70M, 280, jarak 50M, 274, dan jarak 30M, 333.

Manakala Zulkifli Mat Zin berada di tempat ke 24 dengan mata 1085 mata; jarak 90M, 247, jarak 70M, 281, jarak 50M, 245, dan jarak 30M 312.

Bagi acara berpasukan, pasukan negara berada di tangga ke 11 dengan jumlah pungutan mata 3406.

Esok satu-satunya wakil pemanah wanita negara, Saadah akan bertanding dalam acara FITA rounds.

Subscribe to this Blog via Email :