Anonymous

TRIO NEGARA TERUSKAN AKSI CEMERLANG DALAM ACARA INDIVIDU

TORINO, ITALY - Trio memanah negara meneruskan aksi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam acara berpasukan semalam berterusan dalam acara individu yang berlangsung tadi. Pusingan Olimpik hari ini bermula dari peringkat 1/48 dan 1/24. Ketiga-tiga mereka tidak mendapat BYE dan perlu mengharungi pusingan tersebut untuk ke pusingan 1/16 yang akan dijalankan esok jam 9.45 waktu Italy.


Cheng Chu Sian yang berada di kedudukan 13 menentang Nadler, ranking ke 100, menang dengan keputusan 6-0. Di pusingan 1/24, beliau menentang alexander Kozhin dari Rusia dan menang dengan 6-2. esok beliau akan menentang Ruban Viktor dari Ukraine (pemenang Gold Medal Olimpik 2008) pada pusingan 1/16.

Haziq Kamaruddin yang berada di kedudukan 55 menentang Johan Weiss dari Denmark dan menang dengan keputusan 6-4. Di pusingan 1/24, beliau telah mengejutkan pemanah tuan rumah, ranking 10, Michele Frangilli apabila menang dengan keputusan 6-2. Haziq akan menentang pemanah dari Mongolia, Gombodorj Gan Erdene, esok dalam pusingan 1/16.

Khairul Anuar Mohamad yang berada di kedudukan 83, pastinya akan melalui laluan yang sukar berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun begitu, beliau turut layak ke pusingan 1/16 apabila di pusingan 1/48, walaupun telah ketinggalan 0-4, beliau berjaya menewaskan lawannya dari Poland, Jacek Proc, dengan berkesudahan 6-4. Beliau kemudian menewaskan Rahmat Sulistiawan dari Indonesia dengan keputusan 6-2. Esok, Khairul akan bertemu dengan lawan yang kuat iaitu Kim Woojin, ranking 3, dari Korea dalam pusingan 1/16.

Esok akan menyaksikan perlawanan dari peringkat 1/16 hingga peringkat Suku akhir. Semoga pemanah kita dapat meneruskan aksi terbaik mereka di dalam kejohanan ini walaupun telah layak ke Sukan Olimpik. Apa yang diharapkan oleh peminat tanah air adalah dengan harapan mereka dapat mencapai pencapaian yang paling gilang gemilang dalam sejarah penglibatan skuad memanah negara dalam kejohanan ini, kejohanan terbesar dunia dalam sukan memanah.

MALAYSIA BOLEH!!!

Subscribe to this Blog via Email :