Anonymous

KEJAYAAN GEMILANG BUAT SKUAD MEMAMAH NEGARA

TORINO, ITALY - Skuad memanah negara hari ini mengharungi pelabagai rintangan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012. Aksi pusingan pertama yang agak sengit dan cabaran-cabaran dari 16 negara terbaik dalam kejohanan ini, dapat diharungi oleh mereka; Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad.


Bermula dengan menentang pasukan Perancis di pusingan pertama, Malaysia ditewaskan sebanyak 2 kali??!! Pada mulanya perlawanan berkesudahan dengan seri, 216 - 216. Pada shoot-ff, pasukan negara masih seri dengan lawan dengan 26 - 26. Walau seri, Perancis dianggap memang kerana ambil kira nearest to the X. Akan tetapi, jurulatih kebangsaan, Lee Jae Hyung telah membuat bantahan kerana masa yang diperuntukkan sebanyak 40 saat semasa shoot-off adalah salah (masa sepatutnya adalah 60 saat bagi jika tanpa alternate shooting). Pihak Juri telah menerima bantahan tersebut dan sekali lagi melakukan shoot-off. Malaysia tewas dengan 27-26.

Para peminat sukan memanah yang mengikuti liputan secara online di Alor Setar, Kedah (KMSK ke-2), semua nyata kecewa tetapi kembali gembira apabila menerima SMS dari mereka di Italy bahawa masih ada peluang untuk layak. Oleh kerana pasukan Great Britian (tuan rumah Sukan Olimpik 2012) telah memasuki pusingan Suku Akhir, kelapan-lapan pasukan yang kalah di pusingan pertama masih mempunyai harapan untuk layak dengan perlawanan repercharge bagi menentukan satu tiket pasukan ke Olimpik.

Pasukan negara bertemu dengan Canada dan menang dengan 222-216 dan kemudiannya menwaskan satu lagi gergasi memanah, India dengan 225-219. dan pada perlawanan akhir bagi memastikan pasukan negara layak ke Sukan Olimpik, mereka berjaya menewaskan Poland 219-217.

Pengalaman yang amat mencabar kepada mereka dan mereka berjaya mengharunginya dengan cemerlang!!!

Tahniah buat Lee Jae Hyung, Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad. Kepulangan anda semua dinantinantikan oleh kami semua!!!!

Subscribe to this Blog via Email :