Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
Zul Izzi

BERAKHIR CABARAN INDIVIDU TRIO OLIMPIK NEGARA

TORINO, ITALY- Hari ini tamatlah sudah aksi trio memanah negara di World Archery Championship. Apa yang penting pada kejohanan ini adalah untuk melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 secara berpasukan  di London tahun hadapan telah tercapai. Secara keseluruhannya dapat dilihat atlet negara kita memberikan saingan yang penuh sengit dan memberikan tekanan yang hebat buat lawan masing-masing dalam acara berpasukan mahupun individu.


Cheng Chu Sian terpaksa akur dengan kekalahan ke atas pemenang pingat emas Olimpik 2008, Ruban Viktor dari Ukraine, dengan keputusan 7-1( 29-26, 29-27, 26-26, 27-29) pada pusingan 1/16.  Pun begitu, Cheng Chu Sian sentiasa bekerja keras untuk menang ke atas lawannya. Namun persembahan yang baik semalam, tidak dapat diulangi ada hari ini.

Haziq Kamaruddin juga kecundang pada pusingan 1/16 kepada Baard Nesteng dari Norway. Persaingan sengit diantara mereka berlanjutan ke penentuan 1 anaka panah dimana Haziq memanah 7 mata manakala lawannya memanaha 9 mata dan berakhir dengan keputusan dengan keputusan 6-5 (26-26, 28-26, 27-28, 26-25, 27-29, t9-t7).

Khairul Anuar Mohamad tewas kepada pemanah Korea, Kim Woojin dengan keputusan 6-2. Anak muda ini walaupun tewas, beliau tetap memberikan saingan sengit dengan memaksa Kim Woojin berhempas pulas untuk menentukan kemengan.

Semangat yang ditonjolkan oleh trio negara kita patut dicontohi oleh semua pemanah di Malaysia begitu juga dengan sukan lain.Walaupun Olimpik sudah didalam genggaman, namun semangat untuk menunjukkan negara Malaysia juga terdapat atlet-atlet yang mampu mengegarkan dunia sukan. Syabas diucapkan kepada trio memanah kebangsaan.

Subscribe to this Blog via Email :