MAKLUMAT PENTING:Bagi acara Olympic Rounds kategori Compound di KMSK 1, Melaka 2012, jarak pertandingan adalah 50 METER, bukan 70 METER. Target Face yang digunakan adalah inner 6 rings. Harap Maklum.

COMING EVENTS

1st Asian Archery Grand Prix, Bangkok, Thailand, 15-19/2/2012
Kejohanan Memanah MSSM, Kuantan, Pahang, 13-16/3/2012
1st National Archery Circuit 2012, UTeM,Melaka, 21-25/3/2012
Kejohanan Memanah MASUM, UNIMAS, SARAWAK, 9-15/4/2012
Archery World Cup Stage 1, Shanghai, China, 10-15/4/2012
14th Sarawak Outdoor Archery Championship, Sarikei, Sarawak, 20-25/4/2012
UUM Open, Sintok, Kedah, 2-6/5/2012

Tuesday, July 5, 2011

CHENG PECAH REKOD KEBANGSAAN, PASUKAN NEGARA RANKING KE-14

TORINO, ITALY - Pasukan negara yang diwakili oleh Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad telah menunjukkan keputusan yang agak memberangsangkan dan memberi harapan kepada pasukan memanah negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 secara berpasukan. Pastinya aksi mereka dinanti-nantikan oleh para peminat memanah di Malaysia dengan penuh debaran.


Cheng Chu Sian beraksi cemerlang di pada pusingan FITA yang diadakan pada hari ini dengan catatan 1339 mata keseluruhan/ ranking ke -13 ; jarak 90m 318, jarak 70m 331, jarak 50m 331 dan jarak 30m 359. Catatan 359 pada jarak 30 meter yang dilakukan merupakan catatan baru rekod kebangsaan yang dipegangnya sebelum ini iaitu 356 mata.

Haziq kamaruddin pula menduduki tempat ke - 55 dengan catatan 1303; jarak 90 m 298, jarak 70m 325, jarak 50m 330, dan jarak 30m 347.  Manakala Khairul Anuar Mohamad sekadar berpuas hati menduduki tempat ke - 83 dengan catatan 1280; jarak 90m 288, jarak 70m 314, jarak 50m 325, dan jarak 353.

Pasukan Memanah Negara berjaya mencapai matlamat untuk menjadi pasukan 16 terbaik pada kejohanan ini setelah menamatkan pusingan FITA dengan menduduki tempat ke 14 dengan catatan 3922 dna layak untuk ke pusingan seterusnya. Pasukan negara akan mementang pasukan perancis pada pusingan pertama pada jam 9.45 pagi (waktu Italy) 6/7/2011 (esok). Jika mereka menang pusingan pertama dalam acara berpasukan ini, pasukan negara secara automatiknya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Bersama-samalah kita mendoakan agar pasukan negara kita akan berjaya menumpuh segala rintangan untuk layak ke Sukan Olimpik london 2012. Malaysia Boleh!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...