Anonymous

TERKINI TENTANG MINI OLIMPIK 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Terdapat perubahan tarikh Temasya Mini Olimpik 2009. Keputusan terakhir dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir sebelum bermulanya temasya tersebut. Tarikh tetap dan muktamad bagi acara sukan memanah akan diadakan pada 28hb Julai hingga 1 Ogos 2009.

Juga terdapat perubahan dari segi format pertandingan iaitu jumlah peserta yang layak bertanding. Jumlah tersebut di ubah kepada 32 pemanah lelaki dan 32 pemanah wanita. Pemilihan dan kelayakkan masih lagi menggunakan kelayakkan di Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Pertama, UUM, Sintok, Kedah.

Surat penyertaan akan diedarkan sendiri oleh pihak Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak yang terlibat/ layak, perlulah menyenaraikan nama dan alamat jurulatih dan atlet bagi tujuan penyertaan awal dan surat cuti tanpa rekod.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.


"Ke Arah Kegemilangan Sukan Memanah"


Subscribe to this Blog via Email :