Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
Zul Izzi

MSN TANGGUH MINI OLIMPIK

HAJAT Majlis Sukan Negara (MSN) melaksanakan Mini Olimpik pada Jun ini, tidak kesampaian apabila kejohanan berkenaan terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan semua atlit utama negara mengambil bahagian.

Pengesahan penangguhan itu dinyatakan Pengarah Pengurusan Acara MSN, Abdul Jalil Abdullah yang menegaskan ia terpaksa dibuat bagi membolehkan pemain badminton utama negara, menyertai kejohanan itu.

“Kami sudah nyatakan matlamat Mini Olimpik ini adalah bagi memastikan lapan sukan yang sudah dikenal pasti mampu bersaing di Olimpik, menyertai kejohanan ini yang bakal menjadi acara berprestij utama negara,” katanya.

Beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi bagi menentukan tarikh baru selepas tarikh asal kejohanan iaitu pada 20 dan 21 Jun ini, bertindih dengan beberapa kejohanan utama badminton.

Pemain badminton negara akan mengambil bahagian dalam Terbuka Indonesia, di jadual pada 16 hingga 20 Jun diikuti kejohanan Grand Prix Emas di Johor.

Selain badminton, tujuh lagi sukan yang terbabit dalam Mini Olimpik, yang diadakan buat pertama kali hasil resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan, November lalu, adalah memanah, olahraga, akuatik, berbasikal, gimnastik, menembak dan angkat berat.

Subscribe to this Blog via Email :