Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
Zul Izzi

MARBAWI BAGAI TERSUNGKUR


ksi pemanah pelapis elit bakal merentap prestasi atlit senior itu 

BELUM masanya Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) menekan butang kecemasan mengenai kemerosotan prestasi Mohd Marbawi Sulaiman, sekalipun mengakui kebangkitan barisan pemanah pelapis elit bakal menenggelamkan aksi pemanah senior itu, andai masalah itu tidak diatasi. 

Setiausaha kehormatnya, Hamid Hassan yang mengakui masih belum berkesempatan membincangkan perkara itu dengan ketua jurulatih, Lee Jae-hyung berkata, masih ada ruang untuk mengatasi masalah yang dilihat kian meningkat pada suku pertama tahun ini.

“Kita tidak pasti masalah sebenar. Tetapi, sekarang masih awal tahun dan kita kekurangan kejohanan antarabangsa. 

“Jurulatih masih membuat persiapan dengan menukar gandingan pemain. Perubahan yang dibuat atau teknik baru yang diperkenalkan jurulatih kadangkala menyumbang kepada masalah seperti ini,” katanya. 

Beliau sebelum ini menyatakan hasrat bertemu pengendali skuad elit dari Korea itu bagi membincangkan prestasi pemanah kelahiran Pengkalan Hulu, Perak itu sebaik tamat Piala Dunia pusingan kedua di Porec, Croatia, awal bulan ini.

Pada kejohanan itu, Mohd Marbawi tewas lebih awal apabila sekadar mencatat 1,197 untuk berada di tempat ke-69, lima kedudukan daripada kelompok 64 terbaik untuk ke pusingan pertama kalah mati. 

Pada masa sama, tiga pemanah pelapis elit, Nazrin Aizat Mohd Nazir, Mohd Zulkifli Tahir dan Arif Farhan Ibrahim semakin menunjukkan peningkatan pada Grand Prix Eropah di Bulgaria yang berlangsung selama lima hari, berakhir Ahad lalu.



Subscribe to this Blog via Email :