Anonymous

NEWS


Sirkit Grand Prix Asia uji skuad kebangsaan

KUALA LUMPUR - Sirkit pertama Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand dari 18 hingga 24 Februari depan akan menjadi ujian skuad memanah kebangsaan di pentas antarabangsa tahun ini.


Jurulatih kebangsaan, Lee Jae-Hyung berkata, skuad kebangsaan akan diwakili lapan pemanah recurve iaitu empat lelaki dan empat wanita pada kejohanan itu.


"Walaupun ia kejohanan pertama tahun ini, saya mengharapkan skuad kebangsaan akan dapat melakukan sesuatu terutamanya pemanah-pemanah lelaki yang mempunyai peluang yang lebih cerah," katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.


Jae-Hyung berkata, beliau belum memutuskan atlet mana yang akan menggalas cabaran itu namun trio Olimpik negara iaitu Cheng Chu Sian, Mohd. Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd. Khalmizan Abdul Aziz hampir pasti tersenarai.


"Sebolehnya saya mahu acara berpasukan lelaki menjadi milik negara seperti tahun lepas, namun beberapa negara seperti Taiwan, India dan Korea Selatan mungkin menjadi penghalang utama," katanya.


Untuk skuad wanita, Jae-Hyung berkata, pertandingan itu adalah sebagai pendedahan memandangkan masih lagi kurang kejohanan di peringkat antarabangsa untuk kategori wanita.


"Tapi dari pemerhatian saya, skuad wanita telah mempamerkan peningkatan untuk merapatkan jurang dengan skuad lelaki yang telah pun bertaraf dunia," katanya.


Jae-Hyung berkata, dengan pendekatan dan program pendedahan yang tersusun, skuad wanita negara dijangka menyerlah pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China kelak.


Sementara itu mengenai kontraknya yang dilaporkan telah berakhir, Jae-Hyung berkata, perkara itu sebenarnya telah dibincangkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum Sukan Olimpik Beijing, China, Ogos tahun lepas.


"Malah saya telah memberikan persetujuan untuk menyambung kontrak selama dua tahun dan akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat," katanya yang menjadi jurulatih kebangsaan sejak 2001.


Jae-Hyung berkata, selain gembira dengan peningkatan prestasi pemanah kebangsaan di bawah bimbingannya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan MSN.


Jurulatih berusia 45 tahun dari Korea Selatan itu berjaya membimbing Chu Sian, Mohd. Marbawi dan Wan Mohd. Khalmizan untuk layak ke Olimpik Beijing secara merit dengan pencapaian sehingga ke suku akhir acara berpasukan dan individu.


- Bernama


GP Asia ujian sulung

Lapan pemanah negara bakal galas cabaran

SIRKIT pertama Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand dari 18 hingga 24 Februari ini akan menjadi ujian pertama skuad memanah kebangsaan di pentas antarabangsa tahun ini.

Jurulatih kebangsaan Lee Jae-hyung (gambar) berkata, skuad kebangsaan akan diwakili lapan pemanah recurve iaitu empat lelaki dan empat wanita pada kejohanan itu.

“Walaupun ia kejohanan pertama tahun ini, saya mengharapkan skuad kebangsaan akan dapat melakukan sesuatu terutamanya pemanah lelaki yang mempunyai peluang yang lebih cerah,” katanya.

Setakat ini, Jae-hyung menjelaskan beliau belum memutuskan atlit mana yang akan menggalas cabaran itu, namun trio Olimpik negara iaitu Cheng Chu Sian, Mohd Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizan Abdul Aziz hampir pasti tersenarai.

“Sebolehnya saya mahu acara berpasukan lelaki menjadi milik negara seperti tahun lalu, namun beberapa negara seperti Taiwan, India dan Korea Selatan mungkin menjadi penghalang utama,” katanya.

Untuk skuad wanita, Jae-hyung berkata pertandingan itu adalah sebagai pendedahan memandangkan masih lagi kurang kejohanan di peringkat antarabangsa untuk kategori wanita. - Bernama


Subscribe to this Blog via Email :