SPORTCHECK: Show us the money!
"We had our development plans in place even before the Beijing Olympics and are currently working on developing several archers for the London Olympics.
Besides the elite squad, there are two or three promising archers in the pelapis (second-liners) squad who are capable of moving up to elite level so we do not just have to rely on the three men who went to Beijing (Cheng Chu Sian, Marbawi Sulaiman and Wan Khalmizam Wan Abd Aziz).
There is healthy competition among the elite, pelapis and back-up elite squads, and to keep them on their toes there is a promotion-relegation system in place.
Those who perform can move up and likewise, anyone slacking will be demoted.
"As for a medal in the Olympics, we came close in Beijing (team and individual quarter-finals). We cannot guarantee a medal in London but we will definitely try our best."
HAMID HASAN
Honorary Secretary
National Archery Association of Malaysia
Tiga persatuan sahut cabaran
Badminton, basikal, memanah janji balas budi tapi tagih bantuan tambahan
TIGA persatuan sukan yang diberikan amanat untuk membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London, berikrar membalas segala kepercayaan yang diberikan namun menuntut lebih banyak sokongan dihulurkan terutama membabitkan persiapan atlit.
Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ganga Rao, berkata persatuan menyambut baik cabaran yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menuntut badminton membawa pulang pingat dari London.
"Memang berdasarkan prestasi semasa, pemain badminton ketika ini masih berada dalam kedudukan meraih pingat, namun Olimpik London adalah empat tahun daripada sekarang dan ini bermakna kita memerlukan lebih banyak sokongan untuk persiapan atlit.
"Masalah utama yang sering dihadapi persatuan sukan negara ini adalah isu kewangan kerana bagi sukan badminton, banyak perbelanjaan diperlukan terutama dalam usaha menumbangkan gergasi China yang dominan dalam sukan ini di Olimpik," katanya ketika dihubungi dari Korea Selatan semalam.
Kelmarin Ismail Sabri menegaskan, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menetapkan tiga sukan ini sebagai prospek pingat Olimpik negara pada 2012.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad, berkata komuniti sukan berbasikal di negara ini berasa amat berbangga dan bertuah kerana diberikan tanggungjawab untuk membawa pulang pingat.
"Memang menjadi impian kami sejak dari mula untuk meraih pingat dalam semua kejohanan yang disertai. Dengan pengiktirafan seperti ini, kami mampu mengharapkan sokongan yang amat ditagih serta segala bantuan yang diperlukan untuk mencapai hasrat itu.
"Dengan doa daripada seluruh rakyat negara serta sokongan padu sektor swasta dan kerajaan, kami yakin mampu menghadiahkan negara pingat di Olimpik yang diidamkan," katanya.
Setiausaha Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (PMKM), Abdul Hamid Hassan, pula berkata harapan tinggi yang diletakkan kerajaan menuntut persatuan dan atlit berusaha lebih keras bagi membenihkan kejayaan yang lebih cemerlang di London kelak.
"Masalah besar yang kita hadapi adalah ketahanan mental dan kurangnya perasaan mahu menang. Andai atlit dapat mengatasi masalah ini, kita yakin boleh," katanya.