MANSUH SESI FIZIKAL
RAPAT...Lee (dua dari kanan) bersama tiga Olimpiannya, (dari
kiri) Chu Sian, Mohd Khalmizam dan Mohd Marbawi (kanan).

JURULATIH memanah negara, Lee Jae-hyung enggan memberi tekanan terhadap lapan anak buahnya yang kini dalam persediaan menyertai Sirkit Grand Prix Asia ketiga di Manila, Filipina, bulan depan.
Secara peribadi, Jae-hyung tidak menetapkan sebarang sasaran kerana menyedari tempoh rehat seminggu sebelum kembali ke lapangan memanah selepas Sukan Olimpik Beijing menutup tirai, 24 Ogos lalu tidak memadai terutamanya buat tiga Olimpian, Cheng Chu Sian, Mohd Marbawi Sulaiman dan Mohd Khalmizam Aziz.
“Saya tidak mahu mereka tertekan sepanjang sesi latihan biarpun Manila adalah penampilan pertama Malaysia di Grand Prix Asia 2008 kerana sebelum ini kami memberi tumpuan terhadap empat siri Piala Dunia.
“Begitupun, saya yakin pengalaman dimiliki pemanah negara mampu mematangkan mereka dalam melalui tempoh sebegini kerana pernah melalui situasi hampir sama pada 2006 iaitu sebelum Sukan Asia Doha,” katanya.
Chu Sian, Marbawi dan Khalmizam gagal merangkul sebarang pingat di Beijing ketika hadir ke Lapangan Memanah Olimpik Green dengan menggalas reputasi selaku prospek utama Malaysia dalam kategori berpasukan.
Trio itu, yang menghuni ranking keempat berpasukan dunia kembali ke lapangan memanah Bukit Jalil, minggu lalu disertai baki pemanah negara termasuk enam pelapis yang akan menyertai Kejohanan Memanah Remaja Dunia 2008 di Antalya, Turki, 6-12 Oktober depan.
Mengulas program latihan sepanjang bulan Ramadan, Jae-hyung berkata, penekanannya terarah pada aspek teknik sekali gus memansuhkan sesi fizikal (joging) setiap pagi.
“Latihan bulan ini diadakan tiga hari seminggu dan saya terlebih dulu akan fokus membantu jurulatih remaja, Kim Jae Rack bagi memilih enam pemanah terbaik (tiga lelaki dan tiga wanita) ke Antalya.
“Dalam senarai itu, mungkin saya akan menyerap seorang atau dua pemanah remaja terbaik untuk menyertai skuad senior ke Manila sebagai pendedahan,” katanya.
Sekalipun terkandas di suku akhir kepada Itali dalam recurve berpasukan Olimpik Beijing, trio negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan 1,993 mata.
Malah, Khalmizan turut memperbaharui rekod recurve individu negara menerusi 674 mata.
Begitupun, Chu Sian paling menyinar apabila mara hingga peringkat suku akhir acara recurve individu sebelum tumpas 104-109 kepada pemanah Russia, Bair Badenov.

KHALMIZAM BERGANDING SKUAD PELAPIS
JIKA dahulu mereka sering bertiga dan terakhir beraksi bersama di Sukan Olimpik Beijing, Ogos lalu tetapi kini hanya Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz meneruskan cabaran negara untuk beberapa kejohanan penutup tirai tahun ini.
Tanpa kelibat Cheng Chu Sian dan Muhamad Marbawi Sulaiman, pastinya membuat ramai tertanya adakah gandingan itu sudah berakhir selepas kandas di pusingan suku akhir acara recurve berpasukan.
Namun usah risau kerana perpisahan mereka hanya sementara . Semuanya disebabkan kejohanan terbabit iaitu Grand Prix Asia di Filipina, Oktober ini dan Sukan Universiti Asean (SUA) Disember ini hanya akan membabitkan pemanah remaja kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu.
Begitupun Pemanah berusia 22 tahun iniKhalmizan digandingkan dengan skuad pelapis iaitu Muhammad Izzudin Rahim, Arif Farhan dan Mohd Nazrin Aizat.
Gandingan itu langsung tidak menjejaskan tekad Khalmizam yang mahu mempertahankan kejuaraan yang diraih secara berpasukan di Bangkok Februari lalu bersama Chu Sian dan Marbawi.
Khalmizam yang menerima RM2,250 ketika Anugerah Atlit Cemerlang Manulife/Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kelmarin berkata, mereka akan bersaing dalam acara berpasukan dan individu meskipun peluang lebih cerah dalam acara berpasukan.
Menurutnya, meskipun beraksi bersama pasukan pelapis, ia tidak janggal baginya memandangkan ada di kalangan mereka juga turut mempunyai pengalaman luas.
“Berbanding Olimpik yang hanya memerlukan jarak memanah 70 meter, saingan lebih hebat apabila perlu beraksi pada jarak 30, 50, 70 dan 90m. Jadi kami perlu sentiasa konsisten,” katanya.

SELEPAS penyertaan dua pemanah, Mohd Salam Sidik dan Zulkifli Mat Zin secara merit di temasya Sukan Paralimpik Beijing, tumpuan skuad memanah kini terarah kepada program persediaan untuk menghadapi Sukan Paralimpik London 2012.
“Biarpun tidak memenangi sebarang pingat pada temasya Sukan Paralimpik Beijing ini, kami tetap berpuas hati dengan mutu persembahan dan prestasi atlit kami,” kata jurulatih kebangsaan, Johari Abu Bakar kepada Bernama.
“Usaha sama dengan Majlis Sukan Negara dalam program persediaan atlit selama enam bulan menampakkan hasil ketara. Mereka (pemanah) boleh pergi lebih jauh jika diberikan masa yang panjang untuk persiapan atlit,” tambahnya.
Beliau berkata kejayaan atlit mencapai jumlah melebihi 300 mata khususnya dalam pusingan kelayakan (ranking round) 72 anak panah, adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan.
“Sebelum ini, pencapaian mereka dalam pusingan kelayakan adalah jauh lebih rendah. Tewas dengan perbezaan mata yang rendah pada pusingan penyingkiran juga satu pencapaian buat atlit,” katanya.
Johari berkata program latihan persiapan ke arah Sukan Paralimpik London, empat tahun lagi akan bermula Januari tahun depan.
“Selepas Sukan Paralimpik Beijing, aktiviti pemanah kita tidak terus berehat. Mereka dijadualkan akan menyertai Kejohanan Memanah Terbuka Angkatan Tentera Malaysia bulan depan dan Kejohanan Memanah Terbuka Kebangsaan.
“Memandangkan di Malaysia tidak ada kejohanan memanah khusus untuk atlit orang kurang upaya, kami selalunya menyertai kejohanan bersama atlit normal,” katanya.
Antara kejohanan antarabangsa yang akan disertai pemanah paralimpik negara ialah Kejohanan Memanah Para Dunia di Republik Czech, Ogos tahun depan.
“Kejohanan ini akan menjadi penanda aras bagi mencari ranking dunia buat pemanah-pemanah kita,” katanya.
Menurut Johari selain menyediakan pemanah yang sedia ada, program mencari pelapis juga akan dilaksanakan.
“Kami kekurangan pemanah wanita. Dalam usaha mencari bakat baru itu, kami juga berhasrat mencungkil bakat-bakat atlit wanita untuk diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan, baik di dalam mahupun di luar negara,” katanya.