MZI Sports

NOTIS PRESIDEN: PENANGGUHAN KEJOHANAN DAN KURSUS/ KLINIK SUKAN MEMANAH

NOTIS LANGKAH PENCEGAHAN DALAM MENANGANI COVID-19

 

Merujuk kepada peningkatan kes Covid-19, setelah mengambil kira nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah memutuskan bahawa:

 

1.       Sebarang penganjuran kejohanan memanah di semua peringkat PERLU DITANGGUHKAN.

 

2.        Sebarang penganjuran kursus atau klinik memanah juga PERLU DITANGGUHKAN

 Perlaksanaan ini dbuat sebagai langkah kawalan pencegahan dalam memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan. Walaubagaimanapun, latihan pasukan masih boleh diteruskan berpandu kepada SOP yang ditetapkan sehingga ada arahan selanjutnya dari pihak KKM atau MKN.

 Perlaksanaan ini berkuatkuasa mulai 06 Oktober 2020 dan sehingga kes Covid-19 berkurangan atau setelah mendapat nasihat KKM dan MKN untuk meneruskan penganjuran acara sukan. Semua pihak (penggerak sukan memanah / pegawai pasukan / jurulatih pasukan / atlet sukan memanah) digesa untuk mematuhi notis ini dan sentiasa mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 Sekian untuk makluman semua. Terima kasih.

 

 DATO' HJ ABDUL HAMID HJ HASAN

PRESIEN

PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA

Subscribe to this Blog via Email :