MZI Sports

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA MENGENAI COVID 19




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi. Sehubungan dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19, dimana Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Oleh itu, saya menasihatkan kepada semua penggiat dan juga atlet sukan memanah agar dapat mematuhi perintah Kerajaan bagi memastikan kita dapat membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Sebarang aktivit-aktviti latihan, kursus, mesyuarat, bengkel dan kejohanan mahupun sebarang aktiviti melibatkan sukan memanah saya menasihatkan agar diberhentikan/ dibatalkan buat masa ini sama seperti tempoh yang diberikan oleh kerajaan iaitu mulai 18hb hingga 31 Mac 2020 dan sebarang penambahan tempoh kawalan tersebut akan dimaklumkan kelak.

Saya yakin, para jurulatih dapat menasihatkan dan membimbing atlet-atlet memanah cara-cara untuk melakukan latihan sendirian (di rumah/ di pusat latihan peribadi) yang efektif dan selamat dalam memastikan prestasi atlet dapat dikekalkan atau diimbangi sepanjang menghadapi tempoh kawalan ini.

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010.

Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.

Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Subscribe to this Blog via Email :