MZI Sports

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2020


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. 


Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini,  ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara. 


Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.


Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).


Insya’allah, dengan kerjasama yang diberikan kepada kerajaan dan barisan hadapan, aktiviti-aktiviti sukan termasuklah sukan memanah akan dapat dijalankan seperti biasa terutama di dalam negara jika keadaan benar-benar pulih seperti sedia kala.


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Subscribe to this Blog via Email :