KUALA
LUMPUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
(NAAM) masih menaruh kepercayaan kepada Lee Jae-hyung untuk
terus membimbing skuad negara dengan misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ketua
jurulatih dari Korea Selatan itu mula membimbing skuad negara sejak 2001 dan
sudah membantu skuad negara mara ke temasya sukan terbesar dunia itu.
“Kontrak
beliau akan berakhir dalam masa terdekat dengan NAAM masih percaya kepada
kemampuannya untuk membimbing skuad negara. Jadi, kita akan berbincang dengan
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengenai
perkara ini.
“Lagipun,
Jae-hyung sendiri sudah menyuarakan hasrat untuk kekal bersama Malaysia. Namun,
pada masa sama, kita merancang untuk melakukan perubahan dalam struktur
kejurulatihan membabitkan peranannya selain memberi keutamaan kepada jurulatih
tempatan,” jelas Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan.
Sentuhan
Jae-hyung bersama skuad negara membolehkan sukan itu mula melangkah ke pentas
Olimpik pada 2004 di Athens menerusi pemanah recurve wanita, Mon Redee Sut Txi
disusuli trio recurve lelaki pada tiga edisi berikutnya.
Bagaimanapun,
mereka masih belum meraih sebarang pingat di pentas Olimpik dengan pencapaian
terbaik adalah mara sehingga ke suku akhir pada Beijing 2008 menerusi Cheng Chu
Sian, Mohd Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz.
“Bagi
Tokyo 2020, kita meletakkan sasaran trio recurve lelaki layak dalam acara
berpasukan selain individu dalam acara wanita,” katanya.