Mesyuarat
Agong NAAAM kali ke-42 telah dijalankan pada 29 Julai 2018 bertempat di
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan tamat pada jam
12.30 tengahari. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden NAAM,
Dato' Sri Johari Baharom.
Setiausaha
Kehormat, Dato' Hj. Abdul Hamid Hasan, membentangkan laporan tahunan
2017 dan diterima baik oleh semua perwakilan begitu juga Bendahari
Kehormat, En Paul Leong, telah membentangkan laporan kewangan NAAM bagi
tahun 2017 dan diterima oleh perwakilan.
Isu-isu
lain yang dibincangkan adalah berkenaan pertandingan,kursus dan seminar yang
telah dianjur, perancangan penganjuran kejohanan, seminar atau kursus
antarabangsa, persiapan pasukan ke Sukan Asia 2018, status Kompleks MSN Taman Keramat, geran
bantuan kepada ahli gabungan dan lain-lain lagi.
Secara keseluruhannya mesyuarat berlangsung dengan harmoni dan lancar.
Lihat gambar AGM NAAM KE-42
Belakang (dari kiri): Ahmad Mazuki, Chong Yap Jin, Hj Abd Razak, Azri Yussof, Zainuddin, Esah Sulaiman.
Depan (dari kiri): Amir Suharman, Shamsuddin, Paul Leong, Hj Ahmad Zaini, Dato' Sri Johari Baharum, Dato' Hj Abdul Hamid, Hj Zamzaini, Dato' Johari.
Depan (dari kiri): Amir Suharman, Shamsuddin, Paul Leong, Hj Ahmad Zaini, Dato' Sri Johari Baharum, Dato' Hj Abdul Hamid, Hj Zamzaini, Dato' Johari.