MZI Sports

Pingat Gangsa Buat skuad Memanah Recurve Malaysia

Malaysia telah menghantar pasukan recurve lelaki ke Hyundai Archery World Cup Stage 3 di Salt Lake City, USA yang bermula dari 18 Jun hingga 24 Jun 2018. Mereka yang berlepas pada awal pagi raya kedua diketuai oleh ketua jurulatih negara, Lee Jae Hyng, Jurulatih Negara, Norizham Ishak dan 4 orang pemanah recurve lelaki iaitu Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli.

Khairul Anuar Mohamad berjaya menduduki ranking pertama dalam pusingan kelayakkan dengan 675 mata. Bagaimanapun beliau tewas dengan akis yang sangat sengit kepada Tyack Ryan dari Australia dengan 3-7.

Gandingan mata Khairul Anuar, Haziq dan Akmal Hasrin membolehkan pasukan negara berada di ranking pertama pusingan kelayakkan dengan 1969 mata. Pasukan negara tewas kepada China di separuh akhir 6 - 2. Pasukan negara berjaya menewaskan Itali 5 - 4, selepas shoof-off yang memihak kepada pasukan Malaysia.

Keputusan penuh boleh didapati di sini.


Subscribe to this Blog via Email :