MZI Sports

KEBANGSAAN SIRI 1, 2018; 2 REKOD KEBANGSAAN LEBUR

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN SIRI 1 2018

2 rekod kebangsaan lebur semasa Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 1, 2018 yang berlangsung pada 22 - 25 Jun 2018 bertempat di Kolej Vokasional Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka. Kejohanan ini menggunakan format SUKMA  bagi membolehkan pasukan yang akan bertanding di SUKMA membuat persediaan sebagai kejohanan pemanas badan.

Syahrizan Jafar dari Selangor telah memecahkan 2 rekod kebangsaan bagi acara compound lelaki individu. Beliau memecahkan rekod jarak 90 meter compound lelaki dengan catatan 343 mata mengatasi rekod lama 342 mata, yang dipegang selama 6 tahun (2012) oleh Mohd Zaki Mahazan dari ATM. Beliau juga memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 1440 rounds dengan rekod baru 1,395 mata mengatasi rekod lama 1393 mata yang dibuat oleh Lang Hon Keong, 1393 mata, pada tahun 2009.

Kejohanan ini berkahir pada 25 Jun 2018 di sertai oleh 10 buah pasukan dengan seramai 150 orang pemanah.

Keputusan penuh boleh didapati di sini.

Subscribe to this Blog via Email :