Anonymous

PASUKAN UTAMA NEGARA TURUN KE MELAKA!!!

Pasukan Utama Kebangsaan yang kini diwakili oleh Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin, akan turun ke padang pada Hari Jumaat (23/3/2012) hingga hari Ahad (25/3/2012) di Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama 2012 yang diadakan pada 21 hingga 25 Mac 2012 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pasukan memanah kebangsaan akan menjalani latihan selama 2 hari dan pada hari Ahad, selepas tamat pertandingan FINAL, mereka akan menjalani latihan stimulasi dengan pasukan-pasukan terbaik di kejohanan tersebut. Perancangan awal adalah pasukan kebangsaan akan membuat latihan stimulasi dengan mengadakan perlawanan persahabatan berpasukan dengan pasukan terbaik compound lelaki yang dipilih secara berpasukan dan juga individu.

Acara perlawanan persahabatan atau stimulasi ini akan berlangsung sebelum upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang.

JUMPA ANDA DI MELAKA!!!

Subscribe to this Blog via Email :