Anonymous

MINI OLIMPIK (MEMANAH) - UUM & GONG BADAK JADI PENENTU

Temasya Sukan Mini Olimpik 2009 yang julung-julung kalinya akan dianjurkan berkemungkinan pada pertengahan tahun ini, bakal menyaksikan sukan-sukan seperti memanah, berbasikal, badminton, olahraga dan lain-lain lagi. Hanya sukan-sukan yang dipertandingkan di peringkat Olimpik sahaja akan dianjurkan. Temasya ini adlaah terbuka kepada semua peringkat umur untuk bertanding.

Bagi sukan memanah, hanya kategori Recurve lelaki dan wanita sahaja akan dipertandingkan. Dalam masa yang amat singkat, Persatuan Memanah Kebangsaan telah merangka format sukan memanah kejohanan tersebut sama seperti format pertandingan Sukan Olimpik.

Seramai 64 ornag pemanah recurve lelaki dan 64 orang recurve wanita akan dipilih melalui pemilihan menerusi sistem ranking dua (2) buah kejohanan iaitu Sirkit Kebangsaan 1 (UUM) dan 2 (Gong Badak). Bagi acara berpasukan, 4 pasukan akan dibentuk melalui 12 pemanah teratas bagi setiap kategori untuk bertanding dalam acara berpasukan.


“Ke Arah Kegemilangan Sukan Memanah”



Subscribe to this Blog via Email :