PEMANAH recurve kebangsaan, Cheng Chu Sian (gambar) mengharapkan bantuan persefahaman dalam acara berpasukan untuk merangkul kejayaan Piala Dunia Kedua di Porec, Croatia, bermula Isnin depan susulan prestasinya yang merudum.
Chu Sian, yang membentuk trio recurve bersama Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz dan Mohd Izzuddin Abd Rahim pada dua kejohanan pertama tahun ini, mengakui kurang gembira dengan prestasi semasanya selepas menjuarai acara individu Sirkit Memanah Kebangsaan di Kedah, tiga minggu lalu.
“Prestasi turun sikit. Mungkin kerana bulan lalu saya sibuk mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan semester hingga menjejaskan tumpuan dalam sesi latihan.
“Saya dapat rasakan ia (prestasi) ketika ini kurang sempurna dan mungkin mengambil masa agak lama untuk berada pada tahap terbaik. Jadi, saya harap rakan sepasukan cemerlang di Porec untuk memantapkan cabaran Malaysia,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia itu.
Mengenai masalah prestasi kapten, Mohd Marbawi Sulaiman, Chu Sian, yang mara ke suku akhir Sukan Olimpik 2008 menyifatkan ia perkara yang pasti berlaku kepada mana-mana pemanah.
“Cuma, kita tidak tahu bila ia akan berlaku. Penting untuk mencurah fokus sepenuhnya terhadap sesi latihan supaya segera dapat menyelesaikan masalah sekali gus bersaing merebut posisi dalam recurve berpasukan.
“Tapi, saya tiada masalah persefahaman dengan gandingan baru. Setakat ini segalanya baik saja sekalipun sudah lama saya, Khalmizan dan Marbawi membentuk pasukan,” katanya.
Chu Sian turut mengakui antara misi utama sebelum berangkat ke Porec, Jumaat ini ialah untuk menambahkan berat badannya yang kini mencecah 83 kilogram.
“Saya harap dapat mencapai sekitar 86 atau 87kg. Ia penting supaya dapat menstabilkan tangan dan tubuh ketika menetapkan sasaran.
“Selepas dua kali meraih pingat perak siri Piala Dunia tahun lalu, saya harap Malaysia mencapai kejayaan lebih besar sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Korea Selatan, September depan,” katanya.
Harian Metro