HARUN BIN OSMAN
NAIB PRESIDEN NAAM
PALEMBANG - Harun Bin Osman maut selepas diserang
sakit jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang
Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang semalam.Beliau yang bertugas sebagai pembantu kepada ketua kontinjen
negara, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali tiba-tiba rebah sewaktu menguruskan
kemasukan atlet pada pukul 5 petang waktu Palembang (6 petang waktu
Malaysia).
Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan
meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (7 malam
waktu Malaysia). Insiden itu mengejutkan seluruh kontinjen negara terutama skuad
menembak dan sepak takraw negara yang baru tiba beberapa jam sebelum
itu.
Syed Mustaffa ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dengan kejadian
yang tidak dijangka itu kerana Harun kelihatan sihat dan ceria sepanjang
berada di Palembang ini. "Dia seorang yang komited dalam menguruskan ketibaan atlet kita ke
Palembang dan kematiannya merupakan satu kehilangan buat kontinjen
negara yang sedang sibuk melakukan persiapan terakhir di sini," katanya.
Sehingga ini, katanya, jenazah Harun telah ditempatkan di hospital
berkenaan selepas doktor menjalankan bedah siasat ke atas mayatnya."Kita menjangkakan jenazah beliau dapat dibawa pulang ke Malaysia
esok (hari ini) dengan segala usaha sedang dilakukan untuk melancarkan
urusan tersebut," tambah Syed Mustaffa.