MZI Sports

SUKMA JOHOR 2020 DITANGGUHKAN



Sidang video disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang terdiri dari 14 Exco / Menteri Belia & Sukan Negeri (termasuk Johor selaku tuan rumah), Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara dan Sekretariat Sukan Malaysia Johor.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dengan sebulat suara telah bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor 2020 ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia telah membuat keputusan tersebut mengambilkira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut.

Mesyuarat juga telah mengenalpasti dua (2) cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 ataupun dianjakkan ke tahun 2021 setelah mengambilkira perkara-perkara berikut iaitu Pemantauan berterusan perkembangan wabak Covid-19, Tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti peperiksaan awam, acara-acara sukan utama dan Meneliti dan mengambilkira kepentingan semua pemegang taruh SUKMA Johor 2020, khususnya Negeri Johor sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga bersetuju agar tarikh baru akan diputuskan secepat yang mungkin pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang akan datang, selewat-lewatnya pada awal bulan Mei 2020.

Subscribe to this Blog via Email :