MZI Sports

WC2018; TEMPAT KE-EMPAT

Pasukan memanah negara melabuh tirai kejohanan dengan mendapat tempat ke-empat bagi acara berpasukan recurve lelaki dan juga individu lelaki di Hyundai Archery World Cup Stage 2 bertempat di Antalya, Turki.

Hasil gandingan Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli pasukan recurve lelaki berjaya menduduki tempat ke-empat semasa pusingan kelayakkan dengan mata 2003. Pada pusigan kedua mereka menewaskan Belarus 5-4, menewaskan Rusia 6-2 di suku akhir dan tewas kepada Korea pada separuh akhir 6-2. Di penentuan pingat gangsa mereka tewas kepada Great Britian 6-2.

Khairul Anuar mempamerkan aksi yang cemerlang selepas diketepikan pada Hyundai Archery World Cup Stage 1 di Shanghai bulan lalu. Beliau memperoleh mata 675, tempat ke 13 di pusingan kelayakkan. Beliau menewaskan lawan-lawan dari Sri Lanka, Serbia, Italy, Kazakhstan dan Belanda untuk mara ke separuh akhir, tewas kepada pemanah Korea, Kim Woojin 7-3. Beliau sekali lagi dikecewakan oleh pemanah Korea, Oh Jin Hyek, bagi penentuan tempat pingat gangsa, 7-3.

Meraka dibimbing oleh jurulatih Lee Jae Hyung dan Norizham Ishak.



Subscribe to this Blog via Email :