Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
National Archery Association of Malaysia

KURSUS TEKNIKAL DAN KEHAKIMAN MEMANAH




Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia menawarkan kursus Undang-Undang dan Peraturan Sukan Memanah seperti dibawah. Kepada mana-mana Persatuan yang berminat untuk menjadi penganjur sila hubungi sekritariat NAAM.

1. Kursus Asas Undang-Undang dan Peraturan Memanah.
Terbuka kepada semua untuk memahami undang-undang dan peraturan memanah.
8 jam teori / 4 jam praktikal
Sijil kehadiran kursus akan diberikan

Yuran peserta: RM   50.00 seorang                      Minimum peserta: 25 orang
Tambang, penginapan, elaun penceramah dan peralatan ditanggung oleh penganjur.


2. Kursus Teknikal dan Kehakiman Sukan Memanah Peringkat Negeri
Terbuka kepada mereka untuk mendalami undang-undang dan peraturan memanah sebagai persediaan menjadi seorang pegawai teknikal / hakim.
16 jam teori / 4 jam praktikal
Sijil Kehakiman Peringkat Negeri akan diberikan serta Slide hands out.

Yuran peserta: RM 100.00 seorang                      Minimum peserta: 25 orang
Tambang, penginapan, elaun penceramah dan peralatan ditanggung oleh penganjur.


3. Kursus Teknikal dan Kehakiman Sukan Memanah Peringkat Kebangsaan
Khusus kepada mereka yang telah menghadiri Kursus  Teknikal dan Kehakiman Peringkat Negeri untuk melayakkan diri menjadi  seorang hakim kebangsaan
24 jam teori / 8 jam praktikal
Sijil kehadiran kursus akan diberikan dan sijil hakim kebangsaan sekiranya lulus peperiksaan mengikut kelayakan dan garis panduan yang ditetapkan oleh NAAM / MSN.
Peserta akan menerima slide hands out, Judges’ Guide Book, Rules Book 2 & 3, Sehelai T Shirt, Judges Kits.

Yuran peserta: RM 300.00 seorang                      Minimum peserta: 40 orang
Tambang, penginapan, elaun  penceramah dan peralatan ditanggung oleh penganjur.

Subscribe to this Blog via Email :