Anonymous

KRITERIA PEMILIHAN BAGI ATLET MEMANAH COMPOUND KE SUKAN SEA 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia telah menetapkan beberapa kriteria pemilihan atlet-atlet memanah compound ke sukan SEA 2013. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut:

              i.        PERTANDINGAN
a.    Olimpic Round di UUM Open 2013.
b.    Single FITA di Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1, 2013
c.    Olimpik Round di Kejohanan Memanah Sirkit 1, 2013

            ii.        SISTEM MATA
a.    Mata adalah dikira mengikut ranking 1 – 16 dengan turutan:
1st – 16 mata
16th – 1 mata
b.    Ranking 1 – 4 ditentukan setelah mata keseluruhan dari 3 pertandingan dikira.
c.    Sekiranya berlaku jumlah mata yang sama bagi ranking 4 dan 5, jumlah keseluruhan mata bagi Olimpik Round akan diambil kira.
d.    Sekiranya masih berlaku persamaan, maka ranking semasa pusingan FITA akan menentukan ranking.

           iii.        JUMLAH ATLET
Hanya 4 atlet lelaki dan 4 atlet wanita sahaja yang akan disenaraikan ke sukan SEA 2013.

      Ingin dinyatakan disini bahawa semua keputusan panel pemilihan adalah muktamad.


Subscribe to this Blog via Email :