Sedang dikemaskini dan di naik taraf... Harap maklum.
Zul Izzi

BERMULA KMSK 3 @ LUMUT

Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan (KMSK 3) ketiga sedang berjalan bermula dari hari ini hingga 25/11/12 (Ahad). Seramai 129 orang peserta dan 30 orang pegawai yang menyertai kejohanan ini.

Pasukan Elit Kebangsaan juga turut menyertai kejohanan ini. Penyertaan skuad elit kebangsaan di kejohanan tempatan sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pemanah-pemanah dan peminat-peminat sukan memanah.

Esok akan berlangsungnya acara jarak 90m dan 70m bagi recurve dan compound lelaki dan 70m dan 60m bagi kategori recurve dan compound wanita. Pertandingan esok akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari.

Subscribe to this Blog via Email :