Anonymous

Chu Sian bermula cemerlang

KUALA LUMPUR - Pemanah negara, Cheng Chu Sian mara sebagai pilihan keempat untuk menempah laluan mudah pada Kejohanan Piala Dunia di Ogden, Amerika Syarikat, kelmarin.

Dia mengumpul 674 mata dalam saingan kelayakan acara recurve, kelmarin yang mana catatan tersebut kurang 36 mata berbanding pilihan pertama kejohanan, Im Dong-Hyun dari Korea.

Ini bermakna Chu Sian tidak akan bertembung mana-mana pemanah dalam saingan 32 pemanah terbaik. Itu sekali gus memberi laluan mudah buatnya apabila akan bertemu sama ada pilihan ke-29 Girouille Romain (Perancis) atau pilihan ke-36, Chen Yu-Cheng (Taiwan) selepas ini.

Seorang lagi pemanah negara yang layak memulakan aksi utama adalah Arif Farhan Ibrahim Putra yang akan bertemu pemain pilihan ke-11, Kuo Cheng Wei dari Taiwan.

Bagaimanapun, harapan melihat dua lagi pemanah negara, Wan Khalmizan Wan Abdul Aziz dan Fazli Hisyam Zainal mara tidak kesampaian apabila mereka tersungkur di peringkat awal.

Sementara dalam saingan wanita, tiga pemanah negara, S. Anbarasi, Shahila Abdul Rahim serta Nor Aziera Taip turut menempah tempat dalam saingan seterusnya.

Subscribe to this Blog via Email :