Anonymous

SUMBANGAN IKHLAS BANTUAN PERUBATAN HALIM ISMAIL


Untuk pengetahuan bersama, Halim Ismail atau lebih sebagai Cikgu Halim telah dimasukkan ke Hospital Pantai, Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 6hb April 2010 atas sebab serangan sakit jantung. Beliau akan menjalani pembedahan pada 21hb April 2010.

Beliau berkecimpung dalam sukan memanah selaku jurulatih pembangunan memanah sejak tahun 1995 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak. Beliau telah melahirkan pemanah-pemanah yang berjaya  sehingga ke peringkat Olimpik. Di antara atlet-atlet yang diasah bakat oleh beliau adalah Muhammad Marbawi Sulaiman, Mon Redee Sut Xi, Saritha Cham Nong, Liew Tek Hwa, Siew Foong,Ng Sui Kim dan lain-lain lagi yang berjaya. Beliau juga pernah menerima Anugerah Jurulatih Pembangunan Kebangsaan 2003.

Oleh itu, pihak Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia memohon agar daaptlah kiranya kita bersama-sama menyumbangkan bantuan dari segi kewangan bagi membantu beliau menampung perbelanjaan pembedahan tersebut.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbang melalui akaun Maybank beliau seperti maklumat di bawah:

MAYBANK
no akaun: 1080 7428 0345
nama: HALIM BIN ISMAIL


No telefon : 019-444 6654 (Halim)
                     019-456 6654 (Isteri)

Bantuan yang anda hulurkan diucapkan ribuan terima kasih dan bersama-sama kita berdoa agar beliau selamat menjalani pembedahan.


Subscribe to this Blog via Email :