Anonymous

SUKAN MINI OLIMPIK

Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia telah bersetuju dalam melaksanakan satu kejohanan sukan yang besar seperti Sukan Malaysia tetapi ianya tidak melibatkan peringkat umur, dalam kata lain, terbuka kepada semua. Sukan tersebut adalah MINI OLIMPIK yang dicadangkan akan berlangsung pada 26 Jun 2009 hingga 4 Julai 2009. Hanya beberapa acara sahaja akan di anjurkan pada temasya yang pertama termasuklah sukan memanah.

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bersetuju untuk merangka format pertandingan bagi melaksanakan temasya tersebut. Perancangan setakat ini adalah dengan menggunakan sistem pertandigan sebenar Sukan Olimpik. Oleh itu, double70m akan digunakan pada hari pertandingan nanti tetapi hanya untuk kategori recurve sahaja memandangkan kategori ini sahaja yang dipertadingkan dalam Sukan Olimpik.

Tetapi ianya masih memerlukan kelayakan untuk masuk ke Temasya Mini Olimpik ini. Pusingan kelayakan yang dicadangkan, memandangkan masa terlampau singkat, Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Pertama (UUM) akan dijadikan pusingan kelayakan tersebut.

Format kertas kerja pertandingan akan disediakan dalam masa 2 minggu lagi. Perubahan akan berlaku dan akan dimaklumkan kepada semua secepat mungkin bagi membolehkan semua pemanah-pemanah di Malaysia bersedia untuk bertanding bagi melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik itu nanti.


Subscribe to this Blog via Email :