Anonymous

HIGHLIGHT 20 - 25 Oktober 2008



MOM TERKEJUT GELAGAT CHINA


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyuarakan rasa terkejut dengan gelagat tuan rumah, China untuk menganjurkan begitu banyak acara, termasuk memperkenalkan beberapa sukan yang baru dan kurang dikenali untuk dipertandingkan di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Menurut Setiausaha Kehormat badan berkenaan, Datuk Sieh Kok Chi disiplin baru bakal diperkenalkan ialah kriket, sukan tarian, lumba perahu naga, sukan beroda dan catur yang membabitkan catur China dan Go (sejenis catur Jepun).

Difahamkan sejumlah 45 sukan membabitkan 464 acara akan dipertandingkan pada Sukan Asia nanti dengan lima disiplin baru diperkenalkan, menjadikan Temasya XVI ini paling besar pernah diadakan dalam sejarah kejohanan ini yang kali pertama dianjurkan pada 1951 di New Delhi.

“Guangzhou mengesahkan mereka bersedia mengelolakan sejumlah 45 sukan membabitkan 464 acara, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah Sukan Asia,” kata Kok Chi selepas kembali daripada mesyuarat agung Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) di Bali, Selasa lalu.

“Jumlah ini melebihi jumlah 39 sukan dan 418 acara yang dipertandingkan pada Temasya XV di Doha dua tahun lalu,” katanya.

Mengenai sukan beroda, Kok Chi disiplin adalah salah satu daripada lima sukan yang bakal dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dimasukkan dalam senarai sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2012 di London

Berdasarkan kepada peningkatan sukan ini, dijangka sejumlah 12,000 atlit daripada 45 negara Asia akan berkunjung ke Guangzhou untuk bertanding.

Selain itu, Guangzhou turut memaklumkan bahawa mereka menyediakan sejumlah 50 gelanggang pertandingan di mana 11 daripadanya adalah arena baru manakala baki 39 pula adalah gelanggang sedia ada yang akan dinaikkan taraf.

Senarai acara: Akuatik (renang, terjun, polo air & renang berirama), memanah, Olahraga, Badminton, Besbol, Bola Keranjang, Tinju, Kenu & Kayak, Kriket, Lumba Basikal, Ekuestrian, Lawan Pedang, Bola Sepak, Gimnastik, Bola Baling, Hoki, Judo, Pentatlon Moden, Mendayung, Pelayaran, Menembak, Sofbol, Ping Pong, Taekwondo, Tenis, Tenis Ringan, Triathlon, Bola Tampar, Angkat Berat, Gusti, Bowling, Snuker & Billiard, Sukan Tarian, Lumba Perahu Naga, Golf, Kabadi, Karate-do, Sukan Beroda, Ragbi, Sepak Takraw, Skuasy, Wushu, Catur China (weiqi), Go (Catur Jepun), Catur Inggeris.




YOUTH ARCHERY WORLD CHAMPIONSHIP

ANTALYA, TURKI

06HB – 12HB 2008


Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia telah menghantar enam (6) orang atlet (3 atlet lelaki dan 3 atlet wanita) remaja diiringi oleh jurulatih skuad remaja, Kim Jae Rack dan jurulatih skuad pelapis kebangsaan, Bae Jae Kyung ke Youth Archery World Championship di Kundu-Antalya, Turki yang berlangsung pada 06hb hingga 12hb Oktober 2008.

Seramai lapana puluh dua (82) atlet lelaki dan tujuh puluh lima (75) atlet wanita dari pelbagai negara telah turut bertanding dalam kejohanan tersebut. Atlet-atlet remaja Malaysia adlaah seperti berikut:

1. Muhammad Izzuddin bin Abd. Rahim

2. Arif Farhan bin Ibrahim Putra

3. Liew Tek Wa

4. Fepriyinta binti Anuar

5. Farah Wahida binti Ismail

6. Beatrice Zhia Wong


Pemanah remaja lelaki adalah terdiri daripada atlet skuad remaja kebangsaan manakala pemanah remaja wanita pula terdiri daripada atlet skuad pelapis kebangsaan. Pencapaian yang ditunjukkan adalah memuaskan. Bagi atlet remaja wanita, ini adalah kali pertama mereka bertanding di peringkat yang lebih tinggi selain daripada Sukan Malaysia (SUKMA). Prestasi yang ditunjukkan tidaklah begitu mengecewakan dan menunjukkan sesuatu yang boleh digilap serta mempunyai masa hadapan yang cerah dalam sukan memanah.

Pemanah remaja lelaki yang lebih berpengalaman, menunjukkan hasil usaha selama ini berkesan dalam membangunkan sukan memanah. Pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa di gunakan sebaik mungkin oleh atlet lelaki. Izzuddin menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang apabila menamatkan saingan individu di tempat ke-empat keseluruhan.



YOUNG ARCHERS SHOWS PLENTY OF PROMISE

LITTLE Khairul Annuar Mohamed Helmi is only seven but has already been showing a lot of enthusiasm for archery.

The pint-sized boy, accompanied by his father, is a regular at the Klang district archery training programme helmed by P. Poobalan at SK Sg Kapar.

Poobalan, a school teacher, said Khairul Annuar had made tremendous progress since joining the programme six months ago.

“He is using a baby bow and is able to shoot the targets. He should be able to make an impact in competitions within the next two years. He has a very supportive father, who makes it a point to accompany him to the training sessions,’’ Poobalan added.

Besides Khairul Annuar, Poobalan, who has been actively involved in coaching since 2003, has several promising juniors at the centre. They include Nur Nabilah Masuti, Nur Hazlin Hashim and P. Hemalatha.

The trio have dominated not only the Klang Districts Schools archery championships but also the Selangor Schools archery championships.

At this year’s Milo-Malaysian Schools Sports Council (MSSM) archery championships, Nur Nabilah, Nur Hazlin and Hemalatha won the team gold for Selangor.

Poobalan said their aim was to encourage students to be active in archery.

“Malaysians have the physique to excel in this sport at the international scene.

“We started this programme in 2001 and several players have progressed to represent Selangor in the Sukma and other national age group championships. Some of them have even earned places at the Bandar Penawar Sports School (BPSS),’’ Poobalan said.

As there are no competitions in the near future, training sessions have been reduced to three sessions a week.

Poobalan said a bigger group would be involved in the training programme during the school holidays.

“The students from BPSS will return to Klang for the holidays. We hope they will share their experiences with the young trainees in the programme. We want our junior trainees to be well prepared for the 2009 season, which is expected to start in January,’’ he said.

Subscribe to this Blog via Email :