Anonymous

OLYMPIC NEWS

BAHANA GEMURUH



APA yang ditakuti akhirnya berlaku juga. Gemuruh nyata menguasai perasaan Cheng Chu Sian selaku pemanah terakhir pasukan recurve lelaki sehingga menyaksikan mereka yang beraksi buat pertama kali di Olimpik, tewas 213-218 kepada Itali di suku akhir, semalam.

Akibatnya, impian untuk menyaksikan trio negara yang turut dibarisi Wan Khalmizam Wan Abduk Aziz sebagai pemanah pertama dan Mohd Marbawi Sulaiman, kedua, mencipta sejarah dengan muncul sebagai penyumbang pingat selepas badminton dalam temasya Olimpik, lebur.

Selepas Wan Khalmizam yang menjadi pemanah terakhir layak ke Olimpik dan Marbawi agak konsisten dengan masing-masing menyumbang 75 dan 71, Chu Sian yang dianggap terbaik di antara trio itu, agak menghampakan apabila mencatat 67.

“Dua daripada tiga panahan terakhir saya tidak begitu menepati sasaran. Saya sekadar mendapat 6 dan 7 mata. Ternyata, ia memberi kesan kepada keputusan keseluruhan kami.

sources : Harian Metro



PRESTASI ATLET KITA...



Cabaran pasukan badminton negara terus berkibar di Sukan Olimpik Beijing apabila Lee Chong Wei dan Wong Choong Hann mara ke pusingan ketiga perseorangan lelaki manakala Wong Mew Choo melayakkan diri ke suku akhir perseorangan wanita.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi tiga lagi wakil negara apabila trio memanah lelaki negara, Mohd. Marbawi Sulaiman, Chen Chu Sian dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abd. Aziz tersingkir di suku akhir.

Perenang Daniel Bego dan Siow Yi Ting, serta atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim turut gagal menyumbang pingat walaupun mencipta rekod baru kebangsaan.


sources : Utusan Malaysia

Skuad memanah kalah tipis 5 mata


PERASAAN gementar dan tidak dapat menetapkan hala begitu tepat membuatkan pemanah negara, Cheng Chu Sian (kiri) sukar mendapat mata terbaik untuk menjulang negara di Sukan Olimpik Beijing 2008.- AFP

ENTAH apa musibah yang mengganggu skuad memanah lelaki sehinggakan mereka tersingkir daripada meneruskan saingan dalam acara recurve berpasukan selepas tewas kepada Itali pada aksi suku akhir di Lapangan Olimpik Green di sini, semalam.


Pasukan negara yang diwakili Muhammad Marbawi Sulaiman, Wan Khalmizam Wan Abd. Aziz dan Cheng Chu Sian tewas kepada Itali 213-218, semalam.


Malaysia mencatat permulaan yang menyakinkan pada lima panahan pertama tetapi aksi goyah Chu Sian pada tiga panahan terakhir dengan catatan enam dan tujuh mengakhiri cabaran Malaysia.


''Pada tiga panahan terakhir saya sekadar mencatat enam mata. Sasaran saya agak jauh ke kanan mendorong saya melakukan anjakan ke kiri sedikit tetapi terlalu jauh sehinggakan saya mencatat tujuh pada panahan terakhir.


''Perkara ini biasa dilakukan semasa latihan apabila kita menyesuaikan hala sasaran. Tetapi saya agak gementar dan tidak menetapkan hala begitu tepat," kata Chua Sian selepas acara berpasukan berakhir di sini, semalam.


Sementara itu, Wan Khalmizam berkata, dia berjaya mempamerkan persembahan baik pada saingan berpasukan itu dan menjangkakan rakan sepasukannya turut melakukan yang terbaik.


''Jika mereka (Itali) dapat mengekalkan prestasi seperti hari ini (semalam) pastinya mereka berpeluang untuk memenangi pingat emas Olimpik," kata Wan Khalmizam.


Penyertaan Malaysia dalam acara memanah Olimpik adalah kali yang pertama.


Pencapaian terbaik skuad memanah berpasukan lelaki ialah memenangi pingat emas pada Kejohanan Grand Prix Asia 2008 di Bangkok dan Kejohanan Piala Dunia Ke-4 2008 di Perancis apabila pasukan yang sama memenangi perak.


Dalam pada itu, peluang ketiga-tiga pemanah negara untuk memburu pingat Sukan Olimpik akan bergantung kepada prestasi masing-masing pada hari pertandingan apabila acara recurve individu memulakan saingan, esok.


sources : Utusan Malaysia





Subscribe to this Blog via Email :